Saturday, September 24, 2005

dakwah

Berdakwah adalah wajib bagi lelaki dan wanita dan tidak akan ada kecemerlangan bagi umat tanpa dakwah. Dalam surah At-Taubah ayat 71 Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.” Dakwah adalah sebahagian daripada jihad. Dakwah bermaksud mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Monday, April 18, 2005

debaran

haii..rasenya lame aku dah tak melawat blog aku sendiri...arghh..rindunya..
ermm...tak lama lagi aku akan bertukar status lak..heheh..jadi Pak Long...warghh..rase cam dah tua ajer..orang lain yang nak bersalin aku yang berdebar..nie belum jadi bapak lagi..hehehe

Sunday, November 07, 2004

Petua Mengenal Malam Lailatul Qadar

Analisa dari (Al-Qur’an) Surah Qadar:

Kita baca semula terjemahan Surah Al-Qadr dari ayat 1 hingga 5 seperti berikut; “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Qur’an, Al-Qadr 97: 1-5)

Jika dilihat dari segi formasi atau susunan huruf-huruf pada frasa kata (Lailatul Qadar) dari surah diatas, dari segi perkiraan matematik kita boleh membuktikan yang Lailatul Qadar ini kemungkinan besar terjadi pada malam yang ke 27 Ramadan, bagaimana caranya?

Perhatikan frasakata Lailatul Qadar mempunyai 9 huruf iaitu Lam diulang sebanyak 3 kali, Ya sekali, Ta sekali, Alif sekali, Paf sekali, Dhal sekali dan Raa sekali. Maka jumlah huruf-huruf tersebut ialah 9 yakni (3+1+1+1+1+1+1 = 9). Frasakata Lailatul Qadar diulang sebanyak 3 kali (ayat 1, 2 dan 3) dalam surah Al-Qadr diatas, iaitu 9X3 atau 9+9+9 = 27. Jumlah huruf dalam frasa kata Lailatul Qadar dalam surah Al-Qadr diatas sebanyak 27 huruf dan kemungkinan besar 27 ini menunjukkan malam yang ke 27 Ramadan iaitu hari turunnya Lailatul Qadar.

Jika dilihat ayat 4 dan 5 juga menyentuh tentang malam Lailatul Qadar dengan frasa kata “malam itu atau malam yang berkat itu” yakni merujuk kepada malam Lailatul Qadar tersebut tanpa menyebut dengan frasa kata Lailatul Qadar sebagaimana yang terdapat pada ayat 1 hingga 3. Jika perkataan Lailatul Qadar diulang juga pada ayat 4 dan 5 ini, maka jumlah perkiraan huruf menjadi 9X5 = 45, tetapi Allah tidak mengulangi frasa kata Lailatul Qadar ini pada kedua-dua ayat 4 dan 5 dalam surah tersebut.

Kita sudah melihat yang frasa kata "Lailatul qadr" tersebut mempunyai 9 huruf yakni 3+1+1+1+1+1+1 = 9. Angka 9 ini menunjukkan apa? Bukankah ia adalah bulan Ramadan yakni urutan bulan dalam kalendar Islam. Angaka 9 dan 27 ini diletakkan pada kedudukan yang tepat yakni bulan Ramadan dan malam yang ke 27 pada perkataan "Lailatul Qadr" (Kemungkinan sahaja).


Analisa dari Hadis:

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ubayy bin Ka’ab r.a. sebagai berkata: “Demi Allah, Saya mengetahui bilakah malam (Lailatul Qadar) tersebut. Ianya pada malam dimana Rasulullah memimpin kita untuk menunjukkannya, yakni malam yang ke 27” (Riwayat Ahmed/Tirmidhi)

Malam dimana Rasulullah memimpin sahabat-sahabat untuk menunjukkan malam Lailatul Qadar sambil keluar ke mesjid, kebetulan diluar sana 2 orang muslim sedang bertengkar/berselisih pendapat tentang malam Lailatul Qadar dan Nabi tak jadi meneruskan niatnya dan hanya berkata carilah kamu pada malam 25 atau 27 atau 29.

Konsep bahawa malam Lailatul Qadar melompat-lompat dan berpusing pada malam-malam 10 terakhir, malam ganjil pada tahun-tahun yang berbeza-beza berdasarkan petunjuk dari beberapa hadis spt sebuah hadis Bukhari;

Rasulullah s.a.w. bersabda: Carilah malam Lailatul Qadar pada malam yang ke 29; mungkin juga pada malam ke 27, atau pada malam ke 25” Imam Ibn Hajr dalam bukunya “Fathul Bari” dalam komennya terhadap kitab Bukhari mengatakan: “Saya setuju dengan keputusan yang malam Lailatul Qadar terjadi pada akhir 10 malam-malam ganjil bulan Ramadan iaitu 21, 23, 25, 27 atau 29” (Petikan diatas saya terjemahkan dari sebuah buku bahasa enggeris bertajuk “Essentials of Ramahan - The Fasting Month by Tajuddin B. Shu’aib”; bab 57.5 Where Is The Night)

Hadis di atas sering dirujuk sebagai satu petunjuk yang malam Lailatul Qadar melompat-lompat dari satu tahun ke satu tahun pada 10 malam ganjil yang terakhir. Saya tidak tahu mengapa hadis ini difahami sedemikian. Bagi saya hadis diatas tidak lebih hanya menjelasakan apakah yang dimaksudkan 10 malam-malam ganjil yang terakhir. Umpamanya Nabi berkata: “Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam ganjil terakhir bulan Ramadan". Orang boleh bertanya untuk penjelasan lanjut apakah yang dimaksudkan “10 malam-malam ganjil” maka penjelasannya mungkin saja seperti hadis diatas.

Sebagai kesimpulan dan rumusan saya dari perbincangan dalam mengenali malam Lailatul Qadar adalah seperti berikut;

• Malam Lailatul Qadar akan jatuh pada salah satu malam ganjil 10 Ramadan yang terakhir dan ianya tetap pada tiap-tiap tahun pada malam yang sama.

• Adapun fahaman yang malam Lailatul Qadar ini melompat-lompat pada malam-malam ganjil 10 ramadan terakhir dari satu tahun ke satu tahun yang lain adalah suatu konsep yang wujud setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana tiada sebarang nas dan bertentangan pula dengan Al-Qur’an dan Hadis.

• Malam yang ke 27 bolehlah dianggap sebagai malam yang formal untuk disambut Lailatul Qadar yakni untuk sesebuah tempat atau negeri misalnya yang ingin membuat sambutan (amalan) secara beramai-ramai dimasjid dan sebagainya.

• Jika kita tidak mampu dalam beramal maka tumpuan pada malam-malam 25, 27 dan 29 bolehlahdiutamakan untuk ditambahkan amalan kita.

Jika memang boleh diterima yang malam Lailatul Qadr memompat-lompat berdasarkan riwayat dan hadis-hadis yang sahih maka saya boleh faham ayat tersebut begini: "malam yang ke 27 dalam bulan Ramadan adalah malam yang sering atau pada frequenci yang kerap turunnya Lailatul Qadr berbanding malam-malam yang lain" yang ini hanya untuk pemahaman saya sahaja.

Untuk makluman, saya sudah pun rujuk kitab Rahsia Puasa atau "The Mysteries of Fasting" (salah satu kitab dalam himpunan kitab Ihya Ulumuddin karanga Imam Al-Ghazali) dan petua 2 - 6 tidak disebutkan bilamana beliau menyebutkan Lailatul Qadr. Selain ini kitab karangan beliau yang lain seperti "The Mysteries of The Human Soul", "The Foundations of The Islamic Belief", "Confessions, or Deliverance From Error" dan "Secrets of the Pilgrimage" juga sudah saya rujuk dan tidak mempunyai petua tersebut (kerana Lailatul Qadr tidak dibincang dalam kitab-kitab tersebut). Mungkin juga perlu dirujuk kitab-kitab Imam Al-Ghazali yang lain untuk konformasi dan juga penjelasannya lanjut tentang petua 2-6 tersebut.

Segala ilmu adalah milik-Nya dan kita tidak mengetahui apa-apa melainkan pengetahuan yang diberikan oleh-Nya kepada kita, sebagaimana firman-Nya: “... Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Baqarah 2:32)


Had dan ganjaran bagi mereka yang berqiam dimalam tersebut.

Mungkin seseorang itu tidak mendirikan Qiam Al-Lail disepertiga (1/3) malam, dan hanya bersolat Tarawikh (Qiam Ramadhan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat dimalam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhadith terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiam Ramadhan) :

وأفضل لياليه ليلةُ القَدْرِ ، لقوله من قام ليلة القدر ( ثم وُفقَتْ له ) ، إيماناً واحتساباً ، غُـفِـرَ له ما تقدم من ذنبه
"Seafdal-afdal malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda saw bersabda :'Barangsiapa yang berQiam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keImanan dan Pengharapan, telah diampunkan Dosa-Dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

وأدنى ما ينبغي للمسلم أن يحرص عليه في تلك الليلة: أن يصلي العشاء في جماعة، والصبح في جماعة، فهما بمثابة قيام الليل. ففي الصحيح عنه صلى الله عليه وسلم" "من صلى العشاء في جماعة، فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة، فكأنما صلى الليل كله" (رواه أحمد ومسلم واللفظ له، من حديث عثمان، صحيح الجامع الصغير -6341). والمراد: من صلى الصبح بالإضافة إلى صلاة العشاء، كما صرحت بذلك رواية أبي داود والترمذي: "من صلى العشاء في جماعة كان كقيام نصف ليلة، ومن صلى العشاء والفجر في جماعة كان كقيام ليلة" (المصدر السابق -6342)
"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : Bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiamullail. Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir - 6341). Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat subuh dengan tambahan-tambahan didalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan didalam Hadis Abu Daud dan Tirmudzi : "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Cerita pelik mengenai apa yang berlaku pada malam Al-Qadr.

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang riwayat yang menceritakan tentang bagaimana para sahabat, atau apakah yang dilihat oleh para shahabat pada Malam Al-Qadr. Walau bagaimanapun kata beliau, barangsiapa yang diberi taufiq oleh Allah swt akan melihatnya. Menurut ulama Saudi, Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid :

قد ترى ليلة القدر بالعين لمن وفقه الله سبحانه وذلك برؤية أماراتها ، وكان الصحابة رضي الله عنهم يستدلون عليهما بعلامات ولكن عدم رؤيتها لا يمنع حصول فضلها لمن قامها إيمانا واحتسابا
"Lailatul Qadr boleh dilihat dengat mata bagi sesiapa yang diberi pertolongan dari Allah swt untuk melihatnya, iaitu melihat melalui alamat yang diberikan, para sahabat telah mencari Lailatul Al-Qadr dengan menggunakan alamat-alamatnya, akan tetapi tidak melihat tidak bermakna tidak mendapat ganjaran, jika seseorang melakukan Qiam dengan penuh Imam dan berharap kepada ganjaran [akan mendapatnya]"
------

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadith-hadith Nabi saw ialah alamat-alamat dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam Al-Qadr. Berdasarkan kepada Nabi saw menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai dikalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam Al-Qadr. Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para shahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan alamat-alamat yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para shahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam Al-Qadr! Wallahu 'Alam.

rahsia 5 jari

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.
4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Friday, October 29, 2004


Tuhanku......aku tidak layak untuk syurgaMu.........
.....tetapi aku tidak pula.........
..........sanggup menanggung..................siksa nerakaMu..............

.............dari itu kurniakanlah..........keampunan kepadaku.................
.................ampunkanlah dosaku........................
..............sesungguhnya Engkaulah pengampun.........................
...............dosa-dosa besar..........

........dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai......
.......dengan rahmatMu......
.........ampunkan daku..oh Tuhanku.....

anatara khayalan dan kenyataan

Betapa Sedang aku bermimpi..
Pada keindahan sebuah penghidupan,
Tersongsong pula sebuah pertanyaan,

Arghh..
Tersedarkah nanti aku pada perjanjian "5 waktu"
Yang sengaja dibiarkan kau pantas berlalu pergi,
Di waktu Nazak datang untuk bersama-sama tumpang beradu........

tanda kematian

Firman Allah SWT;
Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Thursday, October 28, 2004

bertanya seorang teman

Ke mana nak dihala sombong itu,
sedangkan hati kecil merengus halus,
Kemana nak dicampakkan niat Suci,
Jika memberi dikau niatkan pada Budi,

J
angan dibutakan mata
J
angan pula dipekakkan telinga yang sedia tuli,
Jangan dimatikan hati,
Jangan dibuang simpati itu,

Yakinlah pada suatu hari,
Akan dihitung buku amalan Kanan & Kiri

renungan

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit
kambing yang dijumpai berkurun masihi di
sebuah negara "middle east". orang yang menulis
tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang
harus direnung dan di fikirkan bersama bukan
setakat baca dan lupakan, harap kita semua
dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam
golonggan seperti dalam manusript dibawah.
Amin

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur
kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam
bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari
bangsa Majusi.

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa
amat bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya
lebih mulia dari orang kafir

* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita
dapati, kedua-dua
kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka
saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita
lihat pula apa orang kafir kata...

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa
bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan
kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan
sebagai anjing.

Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur
kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai
anjing.
Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan
sebagai babi.
* Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini,
dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata
dan siapakah yang babi akan bandingkan
dengan dia...

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada
Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor
babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia
yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi
kesedaran kepada umat
Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu
membandingkan diri mereka dengan insan yang
lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini
berterusan,
umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-
Quran, bahawa umat
islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi
semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman...
adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau
telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab
neraka itu adalah benar dan
syurga itu adalah benar...maha suci ALLAH.

Monday, October 18, 2004

menerjah awan

menerjah awan

Thursday, October 14, 2004

fennec..fennec project

hari ini,aku rase begitu gembira dan tenang sekali jiwa aku..entah la..mungkin rahmat ramadhan menusuk jiwa kalbuku kot...semua kerja yang aku lakukan semuanya selesai walaupun ader yang kurang...ermm...
hari nie,aku balik lewat sket..coz nak siapkan kerja yang terbelengkalai..kekadang aku fed up ngan project yang aku buat..ader ajer masalah..minggu depan aku kena masuk meeting nak bincang akan masalah project aku tue..iyela..fennec project-"project Eurocopter "..project yang paling bermasalah..jatuh kat bahu aku..mentang-mentanglah aku nie staff baru..tapi aku terima dengan hati terbuka..dah tengah jalan,takkan aku nak give up..dengan loftnya yang takde,Engineering procedure yang dah corrup..arghh..
tapi nasiblah,aku ader penyeri untuk memeriksa project aku tue..takla aku bosan..asal bosan n bengang ajer..aku masuklah bilik QC..konon nak discuss pasal keje...tapi aku cari idea nak nyembang ngan dia..hahahahaha...tak malu..mengular ajer time keje..kuang..kuang..otak serabai maa..fikir nak buat design n program..sakit kepala...

ramadhan kembali lagi

masa yang ditunggu kini tiba kembali..
ramadhan oh ramadhan...setelah setahun lamanya aku menunggumu..akhirnya kau kunjung tiba..
semoga pada tahun ini..aku dapatlah menjalankan ibadat puasa dengan tenang,gembira dan tawakduk..insya Allah...hari aku buat solat terakwih just 8 rakaat ajer..ingatkan nak sembahyang isyak..aku nak ikutlah jemaah,tup-tup dorang nak buat solat sunat terakwih..aper lagi aku pun ke belakang jap..buat semayang isyak dulu..pastu baru ikut jemaah sekali buat solat sunat..hahahahah...siap ngan baju keje lagi...